Hari ini, Khamis 28 Mei 2009, semua murid menduduki peperiksaan bagi kertas Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Kertas Pendidikan Seni  telah dijalankan tepat pada jam 7:30 pagi hingga 8:30 pagi dan disusuli oleh kertas Kemahiran Hidup yang dijalankan pada jam 8:45 pagi hingga 9:45 pagi. Seterusnya murid berehat sehingga jam 10 pagi. Kertas Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan pula dijalankan pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. Peperiksaan pada hari ini telah berjalan dengan baik. Esok, hari kelima merupakan hari terakhir murid menduduki peperiksaan iaitu bagi kertas Mamematik Tahun 5 Kertas 1.