Hari ini, Selasa 26 Mei 2009, semua murid menduduki peperiksaan bagi kertas Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Kertas Matematik Kertas 2 bagi murid tahap II telah dijalankan tepat pada jam 7:30 pagi hingga 8:10 pagi dan pada masa yang sama kertas Sains tahap I dijalankan bermula pada jam 7:30 hingga 8:30 pagi. Seterusnya mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijalankan serentak pada jam 8:45 pagi hingga 9:45 pagi. Kertas Matematik tahap I dijalankan pada jam 10:00 hingga 11:00 pagi manakala kertas Sains tahap II dijalankan serentak dengan kertas Matematik tahap I iaitu bermula pada jam 10:00 hingga 11:15 pagi. Kertas Matematik Kertas 1 bagi murid tahap II mengakhiri peperiksaan pada hari kedua iaitu pada jam 11:15 hingga 12:15 tengah hari.
Tekun... murid-murid tahun 5 Gemilang dan 5 Cemerlang menjawab soalan peperiksaan.
In : Peperiksaan