Hari ini, Isnin 25 Mei 2009, semua murid menduduki peperiksaan bagi kertas Bahasa Malaysia Kefahaman, Bahasa Malaysia Penulisan dan Kajian Tempatan. Kertas Bahasa Malaysia Kefahaman telah dijalankan tepat pada jam 7:30 pagi hingga 8:30 pagi dan disusuli oleh mata pelajaran Kajian Tempatan dan Bahasa Malaysia Penulisan. Bahasa Malaysia Kefahaman dan Kajian Tempatan dijalankan serentak pada jam 8:45 pagi hingga 9:45 pagi. Kertas Bahasa Malaysia Penulisan pula dijalankan pada jam 11:15 pagi hingga 12:30 tengah hari. Kehadiran murid secara keseluruhannya adalah memuaskan.